Posts

Showing posts from December, 2016

Kisah Imam Ahmad Bin Hanbal Dengan Penjual Roti

Image
  Suatu ketika Imam Ahmad bin Hanbal pergi bermusafir. Apabila malam menjelma, beliau singgah disebuah masjid dalam satu perkampungan menunaikan solat isyak berjemaah di sana. Selesai solat jemaah, beliau pun merehatkan tubuhnya di masjid tersebut. Tiba-tiba, penjaga masjid datang kepadanya dan melarangnya  berehat di dalam masjid.

Budak Yang Jujur Dengan Perompak

Image
Tersebutlah sebuah kisah, seorang budak ingin berangkat ke kota Baghdad dengan tujuan untuk menuntut ilmu. Dia adalah seorang yang sangat jujur dan tidak pernah berdusta. Dia mengikuti sebuah kafilah yang akan menuju ke Baghdad. Sebelum bertolak, ibunya memberi sedikit wang sebagai belanja pergi dan balik serta sedikit bekalan makanan. Ibunya menyembunyikan wang itu pada bahagian lengan baju anaknya dan dijahitnya supaya tidak diketahui orang.

Diberikan Yang Halal Kerana Meninggalkan Yang Haram

Image
  Pada suatu malam yang hening, terlihat seorang lelaki sedang berjalan-jalan di sekitar Madinah dalam keadaan lapar. Dia berhenti di luar sebuah rumah kerana terhidu bau makanan. Imannya belum cukup kuat untuk membuat pertimbangan yang waras. Kerana terliur dengan makanan itu, dia pun masuk ke dalam rumah tanpa izin tuan rumah tersebut.

Sedekah Yang Makbul

Image
Dahulu ada seorang lelaki yang telah bernazar, ‘Aku akan bersedekah dengan suatu sedekah.’ Kemudian dia keluar dari rumah membawa sesuatu dan menyerahkannya ke tangan pencuri.  Melihatkan hal itu, orang-orang di sekelilingnya mencemuh perbuatannya itu. Dengan sini mereka berkata kepadanya, ‘Malam ini engkau bersedekah kepada seorang pencuri.’ Namun orang itu berkata dengan tenang, ‘Ya Allah, segala puji bagi-Mu kerana aku mampu bersedekah walaupun kepada seorang pencuri. Aku akan bersedekah lagi dengan sedekah yang lain.’

Taubat Sang Pembunuh

Image
Suatu ketika dahulu, ada seorang pembunuh yang amat kejam yang telah membunuh 99 orang. Kemudian dia bertanya siapa yang paling tahu tentang agama. Lalu ditunjukkan kepadanya seorang alim. Dia pun mendatangi sang alim itu dan menjelaskan bahawa dirinya telah membunuh seramai 99 orang, apakah taubatnya masih diterima? sang alim itu menjawab, "Tidak. Tiada taubat bagimu". Lalu dia membunuh sang alim itu.