Diberikan Yang Halal Kerana Meninggalkan Yang Haram
Pada suatu malam yang hening, terlihat seorang lelaki sedang
berjalan-jalan di sekitar Madinah dalam keadaan lapar. Dia berhenti di
luar sebuah rumah kerana terhidu bau makanan. Imannya belum cukup kuat
untuk membuat pertimbangan yang waras.
Kerana terliur dengan makanan itu, dia pun masuk ke dalam rumah
tanpa izin tuan rumah tersebut.
Melihat
makanan yang menyelerakan itu, dia segera mencapainya.
Tiba-tiba dia teringatkan akan kata-kata yang didengarnya
daripada Rasulullah SAW dalam satu majlis ilmu siang tadi. Rasulullah berpesan: "Barangsiapa meninggalkan yang haram, dia akan mendapat yang halal." Dia tidak jadi untuk mengambil makanan tadi dan beredar dari situ.
Dalam perjalanannya beredar dari tempat itu, datang pula godaan yang lain. Terlihat
olehnya barang kemas. Tidak akan ada sesiapa yang akan tahu jika dia mengambilnya.
Segera barang kemas itu diambilnya. Namun sekali lagi niat jahatnya terhenti. Teringat lagi dia kepada pesan Rasulullah SAW: "Barangsiapa meninggalkan yang haram, dia akan mendapat yang halal." Diletaknya kembali barang kemas itu dan beredar dari situ.
Namun
sebelum dia beredar, datang lagi satu godaan yang lebih besar. Dadanya
berdebar kencang apabila melihat seorang wanita cantik sedang lena tidur
di kamar peraduannya. Lalu dia pun memasuki kamar tersebut. Wanita itu
dirapatinya.
Nafsu membisikkan kata-kata indah untuknya. Teringat lagi dia akan kata-kata Rasulullah SAW: "Barangsiapa meninggalkan yang haram, dia akan mendapat yang halal."
Akhirnya dia membatalkan niatnya dan perlahan-lahan beredar dari situ.
Berkat pesanan
Rasulullah SAW yang melekat di hati sanubarinya, dia berjaya mematahkan
keinginan nafsunya. Kelegaan yang amat sangat terasa di hatinya apabila
keluar dari rumah wanita tadi dan kemudian memijakkan kaki di Masjid.
Seketika kemudian, subuh
tiba. Selesai solat subuh berjemaah, lelaki itu merebahkan diri di
masjid kerana terlalu mengantuk. Apabila
matahari telah meninggi, datang seorang wanita bertemu dengan Rasulullah
SAW di masjid itu. Dia mengadu rumahnya telah dimasuki orang. Dia takut diganggu
lagi, lalu memohon untuk mendapatkan seorang pengawal yang dapat menjaga harta
bendanya.
Setelah ditanya, rupanya si wanita itu
seorang janda. Baginda memandang sekeliling lalu terlihat seorang lelaki yang sedang lena di suatu sudut
masjid. Baginda mendekatinya lalu ditanyakan siapakah gerangannya dan adakah
dia telah beristeri. "Saya seorang duda."
jawab lelaki itu yang hidupnya kurang terurus selepas kematian
isterinya. Baginda bertanya apakah kedua-dua janda dan duda itu
bersetuju untuk dijodohkan. Mereka berdua tersipu malu.
Kerana
terharu, lelaki itu tidak dapat menahan diri daripada menangis lalu
menceritakan apa yang sebenarnya berlaku di rumah wanita tersebut. Lalu
dia bertaubat. Akhirnya Rasulullah SAW berkenan menikahkan lelaki dan
wanita itu.
WallahuAlam..
Bagus teladan ni
ReplyDelete