Taubat Sang Pembunuh



Suatu ketika dahulu, ada seorang pembunuh yang amat kejam yang telah membunuh 99 orang. Kemudian dia bertanya siapa yang paling tahu tentang agama. Lalu ditunjukkan kepadanya seorang alim. Dia pun mendatangi sang alim itu dan menjelaskan bahawa dirinya telah membunuh seramai 99 orang, apakah taubatnya masih diterima? sang alim itu menjawab, "Tidak. Tiada taubat bagimu". Lalu dia membunuh sang alim itu.

Kemudian dia bertemu pula dengan orang alim yang lain lalu menceritakan bahawa dia telah membunuh 100 orang, apakah taubatnya masih diterima?. Sang alim itu menjawab, "Ya, siapakah yang menghalangmu untuk bertaubat?. Pergilah engkau ke kampung ini, karena sesungguhya di sana ada sekelompok manusia yang beribadah hanya kepada Allah semata, beribadahlah kepada Allah bersama mereka, dan janganlah engkau kembali ke kampungmu yang dulu, karena kampung itu terdapat ramai orang yang membuat kejahatan."

Lalu dia pun pergi meninggalkan kampung halamannya itu. Tatkala sampai di tengah perjalanan, ternyata kematian datang menjemputnya. Maka terjadilah perselisihan antara Malaikat Malik ( penjaga neraka ) dan Malaikat Ridwan ( penjaga syurga ).

Malaikat Ridwan berkata, "Orang ini pergi untuk bertaubat dengan menghadapkan hatinya kepada Allah". Manakala Malaikat Malik pula berkata, "Sesungguhnya orang ini belum pernah melakukan kebaikan sama sekali".

Kemudian datanglah pula Malaikat Jibril, lalu ia dijadikan sebagai hakim (pemutus perkara) di antara mereka berdua. Kemudian Allah mewahyukan kepada bumi untuk menjauhkan jarak dari kampung halamannya dan mendekatkan kepada kampung tujuan.

Lalu Malaikat Jibril berkata “Ukurlah jarak antara dua kampung tersebut. Kampung yang jaraknya lebih dekat, maka kampung tersebutlah yang berhak keatas orang ini.”

Ternyata mereka mendapati orang itu sejengkal lebih dekat ke kampung tujuannya. Akhirnya dia pun diampuni dan dibawa oleh Malaikat Ridwan.

(HR. al-Bukhari dan Muslim)

Wallahualam..

Comments

Popular posts from this blog

Teguran Allah Kepada Nabi Daud A.S

Kisah Imam Syafie Dengan Imam Malik