Kisah Abu Bakar As-Siddiq Menang Pertaruhan


Pada suatu ketika dahulu, tentera Romawi telah kalah dengan tentera Persia. Berita kekalahan sampai kepada Rasulullah S.A.W dan para sahabat. Terasa amat berat bagi mereka mendengar berita kekalahan itu kerana Romawi merupakan ahli kitab. Manakala kaum musyrik Mekah merasa gembira mendengar berita kekalahan itu.

Tidak lama kemudian, turunlah ayat Al-Quran yang mengatakan bahawa Romawi akan menang (Surah Ar-Rum, Ayat 1-7). Lalu Abu Bakar As-Siddiq pergi berjumpa kaum musyrik menyampaikan berita tersebut. Kaum musyrik tidak percaya, bahkan mengejeknya. Lalu mereka pun bersepakat untuk membuat pertaruhan dengan menetapkan jangka masa beberapa tahun perkara itu mungkin akan berlaku.

Beberapa tahun telah berlalu, masih lagi tiada apa-apa yang berlaku antara Romawi dan Persia. Kaum musyrik mula merasakan mereka akan menang. Hal ini kemudiannya dilaporkan kepada Rasulullah S.A.W. Lalu Baginda memeritahkan Abu Bakar agar menaikkan taruhan dan memanjangkan masanya. Abu Bakar melaksanakan perintah itu, dan berangkatlah beliau bertemu kaum musyrik tadi dan mereka bersetuju dengan cadangan tersebut.

Selang beberapa tahun kemudian, akhirnya tentera Romawi berjaya mengalahkan tentera Persia. Abu Bakar mengambil taruhan itu lalu membawanya kepada Rasulullah S.A.W. Baginda kemudiannya memerintahkan agar wang taruhan itu disedekahkan kesemuanya. Selepas dari kejadian itu, barulah turunnya larangan yang mengharamkan perjudian.

WallahuAlam...

Comments

Popular posts from this blog

Teguran Allah Kepada Nabi Daud A.S

Kisah Imam Syafie Dengan Imam Malik