Kisah Imam Ghazali Dengan Perompak



Sewaktu pulang dari Jarjan menuju kampungnya di Thusia, segerombolan perompak telah menyerang rombongan yang disertai oleh Imam Ghazali. Mereka merampas harta yang ada pada rombongan itu. Antara yang dirampas ialah catatan ilmu yang dipelajari oleh beliau.

Kemudian Imam Ghazali menemui perompak itu lalu ia berkata, "Kamu boleh ambil apa sahaja yang kamu mahu, tetapi jangan ambil beg ini."

Para perompak mengesyaki sesuatu yang berharga di dalamnya lalu menyelongkarnya. Apa yang mereka dapati hanyalah helaian kertas yang tidak berharga dan merasakan diri mereka telah ditipu.

"Apakah ini dikatakan barang berharga bagimu, apa yang akan kamu lakukan dengan kertas buruk ini?", tanya ketua perompak.

"Ini adalah hasil aku belajar bertahun-tahun selama ini, semua catatan ini aku ambil dari guruku. Jika kamu rampas nota-nota, maka hilanglah ilmu yang aku pelajari selama ini.", jawab Imam Ghazali.

"Jika begitu kamu adalah orang yang bodoh. Catatan yang kamu tulis itu bukanlah ilmu jika kamu tidak memahami, mengingati serta mengamalkannya. Bayangkan sekiranya aku merampas nota-nota ini, bagaimana keadaanmu? Ini bererti ilmumu dapat dicuri.", balas ketua perompak.

Imam Ghazali terdiam mendengarkan hujah yang tepat dari ketua perompak itu. Semenjak dari kejadian itu, Imam Ghazali menghafal segala ilmu-ilmunya dan dimasukkan ke dalam ingatannya.

Jangan dipandang siapa yang berkata. Tetapi pandangalah apa yang dikata.

WallahuAlam..

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teguran Allah Kepada Nabi Daud A.S

Kisah Imam Syafie Dengan Imam Malik