Kisah Rabiatul Adawiyyah Dengan Dua Orang Tetamu

 
Pada suatu hari, Rabiatul Adawiyyah didatangi dua orang tetamu. Kemudian beliau menjamu kedua orang tetamunya itu dengan dua potong roti. Sebelum sempat dua orang tetamunya menjamah roti tersebut datanglah seorang peminta sedekah yang sudah beberapa hari tidak menjamah sebarang makanan. Lalu Rabiatul Adawiyah pun memberikan kesemua roti itu kepada peminta sedekah tersebut.

Kedua orang tetamu Rabiatul Adawiyah pun merasa hairan, kenapa beliau memberi kesemua roti tersebut kepada peminta sedekah itu. Dan kenapa pula beliau tidak menyimpan sepotong untuk dimakan dan dibahagikan antara mereka berdua.

Tidak lama kemudian, datang pula seorang pelayan datang menghantar beberapa potong roti kepada Rabiatul Adawiyah. Beliau pun mengiranya dan didapati ada 18 potong roti kesemuanya. Namun beliau menolak pemberian 18 potong roti tersebut dan menyuruh pelayan itu mengembalikan kembali semua roti itu kepada majikannya. Kedua orang tetamunya itu bertambah hairan.

Tidak lama selepas itu, datang kembali pelayan tadi dengan membawa 20 potong roti pula. Kali ini barulah beliau menerimanya. Bertambah hairanlah kedua orang tetamunya itu. Lalu, mereka pun bertanya kepada Rabiatul Adawiyyah.

"Apa sebenarnya yang berlaku sebentar tadi? Kami ingin memakan roti tadi tetapi engkau memberikan roti itu kepada pengemis. Kemudian engkau menolak pemberian 18 potong roti dan apabila bilangan roti menjadi 20 potong, barulah engkau menerimanya", tanya mereka.

Lalu  Rabiatul Adawiyyah pun menjelaskan kepada mereka "Sewaktu tuan berdua datang, aku tahu tuan berdua sedang lapar. Aku berkata kepada diriku sendiri, aku tidak sanggup menghidangkan hanya dua potong roti sahaja kepada ahli agama ini. Itu sebabnya ketika pengemis itu datang, aku segera memberikan dua potong roti itu kepadanya lalu berdoa kepada Allah S.W.T, 'Ya Allah, Engkau telah berjanji bahawa Engkau akan memberikan ganjaran sepuluh kali ganda dan janjiMu itu ku pegang teguh. Kini telah kusedekahkan dua potong roti untuk menyenangkanMu, semoga Engkau berkenan untuk memberikan dua puluh potong roti sebagai ganjaran'. Oleh itu, ketika lapan belas potong roti itu dihantarkan kepadaku, tahulah aku bahawa sebahagiannya telah dicuri atau roti-roti itu bukan untuk disampaikan kepadaku."

WallahuAlam...

Comments

Popular posts from this blog

Teguran Allah Kepada Nabi Daud A.S

Kisah Imam Syafie Dengan Imam Malik