Kisah Ahli Ibadah Dan Ahli Maksiat


Ada dua orang lelaki Bani Israel yang berbeza sifatnya. Seorang suka berbuat dosa dan seorang lagi rajin beribadah.

Setiap kali ahli ibadah itu melihat rakannya berbuat dosa, dia akan menyuruhnya untuk berhenti dari melakukan dosa.

Suatu hari, ahli ibadah melihat rakannya itu sedang melakukan dosa, lalu dia berkata, "Berhentilah dari berbuat dosa."

Ahli maksiat itu menjawab, "Jangan pedulikan aku, terpulang Allah mahu membalas dosaku bagaimana. Adakah engkau diutuskan oleh Allah untuk mengawasi apa yang aku lakukan?."

Lelaki ahli ibadah itu membalas, "Demi Allah, dosamu tidak akan diampuni oleh-Nya dan Dia tidak akan memasukkan engkau ke dalam syurga!."

Kemudian Allah mencabut nyawa mereka berdua lalu mereka dihadapkan ke hadapan Allah SWT.

Allah berfirman kepada ahli ibadah, "Adakah engkau lebih mengetahui daripada Aku? Atau engkau dapat mengubah apa yang telah berada dalam kekuasaan tangan-Ku?."

Kemudian Allah berfirman kepada ahli maksiat, "Masuklah engkau ke dalam syurga berkat rahmat-Ku."

Kemudian Allah berfirman kepada malaikat, "Masukkan orang ini (ahli ibadah) ke dalam neraka’.”

WallahuAlam..

Comments

Popular posts from this blog

Teguran Allah Kepada Nabi Daud A.S

Kisah Imam Syafie Dengan Imam Malik