Kisah Pemberi Hutang Yang Jujur
Ada seorang lelaki Bani Israel meminta kepada beberapa Bani Israel yang lain untuk meminjamkan seribu dinar kepadanya.
Salah seorang daripada mereka berkata, "Bawakanlah kepadaku beberapa saksi untuk menjadi saksiku."
Lelaki itu berkata, "Cukuplah Allah sebagai saksi."
Orang itu pula berkata lagi, "Bawakanlah kepadaku seorang penjamin."
Lelaki itu berkata, "Cukuplah Allah sebagai penjamin."
Maka orang itu berkata, "Baiklah, engkau benar."
Lalu dia memberi pinjam wang dinar kepada lelaki tersebut sehingga tempoh waktu yang ditetapkan.
Lalu lelaki itu pun pergi berlayar. Setelah selesai semua hajatnya, dia pun mencari kapal untuk bertemu dengan pemberi hutang untuk membayar hutangnya yang telah sampai tempoh waktu pembayarannya. Tetapi tidak menjumpai sebarang kapal.
Lalu dia mengambil kayu dan membuat lubang padanya serta meletakkan seribu dinar bersama sepucuk surat buat penerimanya. Kemudian dia meratakan tempatnya kembali.
Kemudian dia meratakan tempatnya kembali.
Kemudian dia pergi ke laut lalu berkata, "Ya Allah sesungguhnya Engkau tahu bahawa aku telah meminjam seribu dinar daripada si fulan. Dia memintaku penjamin, maka aku berkata 'Cukuplah Allah sebagai penjamin.' Lalu dia redha dengan-Mu. Dia meminta kepadaku beberapa orang saksi. Aku berkata, 'Cukuplah Allah sebagai saksi.' Maka dia redha dengan-Mu. Sungguh aku telah berusaha mencari kapal untuk menghantar hutangku, tetapi aku tidak menemuinya. Sesungguhnya aku mengirimkan hutang ini kepada-Mu."
Kemudian, lelaki itu pun melemparkannya ke laut. Lalu dia pergi sambil memerhatikan kayu itu. Dalam masa yang sama dia masih mencari kapal yang boleh menghantarnya kepada pemberi hutang tersebut.
Pada waktu yang sama, pemberi hutang itu keluar sambil berharap ada rombongan kapal yang membawa wangnya. Ternyata dia hanya menjumpai sebuah kotak kayu. Lalu dia memberikan kepada isterinya untuk dijadikan kayu bakar. Setelah isterinya memecahkan kotak kayu tersebut, dia mendapati ada wang dan sepucuk surat.
Beberapa hari kemudian, lelaki peminjam itu datang dan memberi kepadanya seribu dinar lalu berkata, "Demi Allah, aku telah berusaha mencari kapal untuk meberikan wangmu, namun aku tidak menjumpainya sehinggalah aku dapat kapal ini. Barulah aku mampu datang kepadamu."
Si pemberi hutang itu berkata, "Adakah engkau telah mengirimkan sesuatu kepadaku?"
Lelaki itu berkata, "Bukankan aku telah katakan bahawa aku tidak menjumpai kapal untuk kemari?"
Si pemberi hutang menjawab, "Sesungguhnya Allah telah menyampaikan apa yang telah kamu kirimkan di dalam kotak kayu itu, sekarang pergilah dengan seribu dinar milikmu ini dalam keadaan tenang."
WallahuAlam...
Comments
Post a Comment