Kisah Ibnu Hajar - Batu Dan Titisan Air

 
Suatu ketika dahulu, saat Ibnu Hajar masih belajar, beliau terkenal sebagai murid yang rajin, namun beliau juga dikenal sebagai murid yang bodoh kerana selalu tertinggal jauh dari teman-temannya. Bahkan sering lupa akan pelajaran-pelajaran yang telah diajarkan oleh gurunya, membuatnya patah semangat dan putus asa. Lalu beliau memutuskan untuk berhenti dan pulang ke kampung halaman.

Di tengah perjalanan, hujan turun dengan lebat, memaksa beliau untuk berteduh seketika di dalam sebuah gua. Ketika berada di dalam gua itu, pandangannya tertumpu pada titisan air di atas sebuah batu yang besar yang telah mengakibatkan batu besar itu berlubang.

Melihat akan itu, beliau pun berfikir, sedangkan batu yang besar dan keras ini lama-lama berlubang hanya karena titisan air, inikan pula akalnya yang tidak sekeras batu. Sudah pasti dapat menyerap segala pelajaran yang disampaikan kepadanya.

Lalu beliau pun pulang semula kepada gurunya untuk meneruskan pengajian. Berkat hidayah yang telah diberikan oleh Allah S.W.T itu, beliau belajar dengan lebih bersungguh-sungguh, yakin dan tidak berputus asa. Akhirnya, beliau telah menjadi salah seorang ulama besar yang sering dijadikan pedoman oleh umat islam. Karyanya juga banyak dipelajari dan dijadikan rujukan oleh umat islam masa kini.

WallahuAlam...

Comments

Popular posts from this blog

Teguran Allah Kepada Nabi Daud A.S

Kisah Imam Syafie Dengan Imam Malik