Ingin Cepat Masuk Syurga - Abdul Rahman Auf Dengan Kurma Busuk

 
Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa Abdul Rahman Bin Auf R.A akan masuk surga paling akhir sekali karena terlalu kaya. Dimana orang yang paling kaya akan dihisab paling lama.

Mendengarkan akan hal ini, Abdul Rahman Bin Auf R.A lalu berfikir, bagaimana caranya untuk menjadi miskin supaya dapat masuk syurga awal.

Setelah Perang Tabuk, kurma di Madinah yang ditinggalkan para sahabat menjadi busuk. Lalu harganya jatuh. Mendengar hal tersebut, Abdul Rahman Bin Auf R.A pun menjual semua hartanya, kemudian memborong semua kurma busuk milik para sahabat tadi dengan harga kurma bagus.

Para sahabat bersyukur dan gembira kerana kurma yang dikhawatirkan tidak laku, telah habis terjual. Semuanya diborong oleh Abdul Rahman Bin Auf R.A. Abdul Rahman Bin Auf R.A juga turut gembira. Kerana menyangkakan telah jatuh miskin dan akan dapat masuk syurga awal.

Namun, sememangnya Allah maha perancang dan rencananya amat indah sekali. Tiba-tiba, datang utusan dari negeri Yaman membawa berita dari Raja Yaman mencari kurma busuk. Rupa-rupanya, di Yaman sedang berjangkit wabak penyakit menular, dimana ubat yang dapat menyembuhkan penyakit itu adalah "Kurma Busuk".

Oleh kerana satu-satunya orang yang memiliki banyak kurma busuk adalah Abdul Rahman Bin Auf R.A, maka utusan Raja Yaman pun memborong semua kurma tersebut dengan harga 10 kali ganda harga kurma biasa dengan Abdul Rahman Bin Auf R.A. Maka, bertambah kayalah Abdul Rahman bin Auf R.A dengan hasil jualan kurma busuk tersebut.

P/S : Hadis sahih yang mencerikatan kisah ini tidak ditemui.

WallahuAlam...

Comments

Popular posts from this blog

Teguran Allah Kepada Nabi Daud A.S

Kisah Imam Syafie Dengan Imam Malik