Kisah Imam Al-Ghazali Dengan Seekor Lalat





Ketika Imam Al-Ghazali sedang menulis, tiba-tiba terbanglah seekor lalat dan hinggap di mangkuk dakwatnya. Lalat itu nampaknya sedang kehausan. Ia meminum cecair dakwat di mangkuk itu.

Melihat lalat yang kehausan, Imam Al-Ghazali membiarkan sahaja lalat itu meminum dakwatnya tanpa menghalaunya.

Setelah Imam Al-Ghazali wafat, selang beberapa hari kemudian,seorang sahabat dekat beliau bermimpi bertemu dengan beliau. Dalam mimpi itu terjadilah dialog antara mereka.

Sahabatnya itu bertanya, "Wahai Hujattul Islam, Apa yang telah diperbuat Allah kepadamu?".

Imam Al-Ghazali menjawab, "Allah telah menempatkanku di tempat yang paling baik".

"Gerangan apakah sampai engkau ditempatkan Allah ditempat yang paling baik itu ? Apakah itu karena kealimanmu dan banyaknya kitab-kitab bermanfaat yang telah kau tulis?" tanya sahabatnya.

Imam Al-Ghazali menjawab, "Tidak, Allah memberiku tempat yg terbaik, hanya kerana pada saat aku menulis aku memberikan kesempatan kepada seekor lalat untuk meminum dakwatku kerana kehausan. Aku lakukan itu kerana aku sayang pada makhluk Allah."

WallahuAlam...

Comments

Popular posts from this blog

Teguran Allah Kepada Nabi Daud A.S

Kisah Imam Syafie Dengan Imam Malik