Kisah Imam Syafie Ketika Menziarahi Imam Ahmad Bin Hambal

 
Pada suatu hari, Imam Syafie datang menziarahi Imam Ahmad bin Hambal. Imam Ahmad mempunyai seorang anak perempuan. Anak perempuan beliau ingin sekali melihat lmam Syafie secara langsung, kerana ayahnya sangat menghormatinya. Oleh itu, ketika Imam Syafie berkunjung ke rumah mereka, dia pun memerhatikan setiap apa yang Imam Syafie lakukan.

Apabila selesai makan malam bersama, Imam Syafie masuk ke bilik tidur yang telah disediakan untuknya dan segera berbaring sehingga terbit fajar.

Pada waktu paginya, anak perempuan Imam Ahmad lalu bertanya pada ayahnya berkenaan Imam Syafie, “Wahai ayah, benarkah ini Imam Syafie yang sering ayah ceritakan?”.

Imam Ahmad menjawab, “Benar anakku!”

“Ayah selalu memuji Imam Syafie, tapi apa yang aku lihat pada malam tadi, beliau tidaklah seperti yang ayah gambarkan. Dan aku juga melihat ada 3 hal yang aneh :
Pertama, pada waktu dihidangkan makanan, dia memakannya dengan banyak sekali.
Kedua, sejak masuk ke bilik tidurnya, dia tidak solat malam.
Ketiga, dia solat subuh tanpa berwudhuk.”, kata anak perempuan Imam Ahmad.

Kemudian, ketika ada kesempatan, Imam Ahmad pun menanyakan persoalan anaknya itu kepada Imam Syafie.

Mendengar pertanyaan itu, Imam Syafie tersenyum lalu dia berkata, "Wahai Ahmad, aku makan dengan banyaknya di rumah kamu kerana aku yakin bahawa makanan di rumah kamu halal dan engkau adalah orang mulia sedangkan makanan orang mulia adalah ubat, manakala makanan orang bakhil adalah penyakit, jadi aku makan bukan untuk kenyang tapi untuk berubat dengan makananmu.

Adapun semalam aku tidak solat malam, karena ketika aku melatakkan kepalaku untuk tidur, aku melihat seolah-olah al Qur’an dan hadits berada di depanku, kemudian Allah membukakan kepadaku 72 masalah ilmu fiqh yang kususun untuk manfaat muslimin, sehinggakan aku tidak berkesempatan untuk solat malam.

Adapun yang menyebabkan aku tidak berwudhuk ketika solat subuh bersama kalian, demi Allah aku tidak tidur sepanjang malam, maka aku solat subuh bersama kalian dengan wudhuk solat Isyak.”



WallahuAlam...

Comments

  1. SUBHANALLAH. Terima kasih tuan share kisah ini. Saya baru dengsr Tanyalaj Ustaz TV3. Ustaz Ahmad b Shahdan dgn bersungguh sungguh memceritakan terlalu banyak. Mungkin missed this part.
    Anyway, JAZAKUMULLAH KHAIRAN KATHIRA.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teguran Allah Kepada Nabi Daud A.S

Kisah Imam Syafie Dengan Imam Malik