Kisah Saidina Uthman Membeli Perigi Dari Yahudi Yang Tamak

 
Pada suatu ketika, bencana kemarau melanda kota Madinah. Kaum muslimin terpaksa menggunakan air perigi Rum, satu-satunya sumber mata air.

Malangnya perigi itu dimiliki Yusuf, seorang Yahudi yang tamak. Untuk mengambil air dari perigi itu, mereka terpaksa membayar dengan harga yang mahal kepadanya. Melihat keadaan itu, Saidina Uthman R.A segera bertemu dengan Yusuf untuk berunding.

"Wahai Yusuf, mahukah engkau menjual perigi Rum ini kepadaku?", tanya Saidina Uthman R.A.

Yahudi tua yang sedang mabuk wang itu segera bersetuju dengan tawaran Saidina Uthman R.A itu. Dalam fikirannya, Saidina Uthman R.A adalah orang kaya, dia pasti mampu membeli perigi itu walau berapa pun yang dia minta. Namun, dia juga tidak mahu kehilangan mata pencariannya itu begitu sahaja.

"Saya bersetuju menjual perigi ini. Berapa engkau sanggup membayarnya?", balas Yusuf.

Jawab Saidina Uthman R.A, "10 Ribu Dirham.".

Yahudi tua itu tersenyum sambil berkata, "Perigi ini hanya saya jual separuh sahaja. Kalau bersetuju, sekarang juga engkau bayar 12 Ribu Dirham dan perigi ini kita bahagi dua. Sehari untukmu dan sehari untukku."

Selepas berfikir sejenak , Saidina Uthman R.A menjawab, "Baiklah saya terima tawaranmu."

Selepas membayar harga dipersetujui kepada Yusuf, Saidina Uthman R.A menyuruh pekerjanya mengistiharkan kepada penduduk bahawa mereka bebas mengambil air dari perigi itu tanpa sebarang bayaran pada hari gilirannya.

Semenjak itu, penduduk Madinah bebas mengambil air sebanyak mungkin dengan percuma pada hari giliran Saidina Uthman R.A. Mereka akan mengambil air untuk keperluan mereka selama dua hari.

Lain pula dengan Yahudi tua yang tamak itu, dia kebingungan kerana tiada seorang pun membeli airnya lagi. Malah ketika Saidina Uthman R.A datang untuk membeli separuh lagi baki sumber air periginya, dia tidak mampu menolak walaupun dengan harga yang sangat murah.

WallahuAlam...

Comments

Popular posts from this blog

Teguran Allah Kepada Nabi Daud A.S

Kisah Imam Syafie Dengan Imam Malik