Kisah Ibnu Umar Dengan Singa
Diceritakan pada suatu ketika, ketika Ibnu Umar R.A sedang dalam perjalanan, beliau telah bertemu dengan seekor singa yang telah menghalang perjalanan orang ramai. Kemudian Ibnu Umar R.A pun turun dari untanya, lalu berjalan ke arah singa itu.
Tanpa rasa takut walau sedikitpun dan dalam jarak yang sangat dekat, Ibnu Umar R.A telah menggosok telinga singa tersebut seolah-olah ia sedang berunding. Tidak lama kemudian, beredarlah singa tersebut dari jalan itu.
Apabila ditanya bagaimanakah beliau menghalau singa itu, Ibnu Umar R.A berkata bahawa beliau pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, "Jika manusia hanya takut kepada Allah, maka tidak ada hal lain yang bisa menguasainya."
WallahuAlam...
Comments
Post a Comment