Kisah Pemuda Diampuni Dosanya Kerana Memberi Minum Anjing Yang Kehausan
Pada suatu ketika, ada seorang lelaki sedang berada dalam perjalanan. Dia berasa sangat kehausan. Kebetulan dia menemukan sebuah perigi, maka turunlah dia ke dalam perigi itu untuk minum.
Setelah hilang rasa hausnya, diapun keluar dari perigi itu. Terlihat olehnya seekor anjing sedang menjulurkan lidahnya menjilat-lilat tanah kerana kehausan.
Lalu berkata dalam hatinya, "Alangkan hausnya anjing itu, seperti yang baru kualami."
Kemudian diapun turun semula ke dalam perigi itu lalu menciduk air menggunakan sepatunya. Dibawanya air yang diciduknya itu ke atas semula lalu diberikannya kepada anjing tersebut.
Berkat dari perbuatannya itu, Allah telah berterima kasih kepadanya ( diterima amalannya ) dan diampuni dosanya.
WallahuAlam...
Comments
Post a Comment