Perbandingan Kegembiraan Allah Apabila Hambanya Bertaubat : Kisah Hamba Yang Kehilangan Unta Di Tengah Padang Pasir


Dikisahkan tentang seorang yang sedang melakukan perjalanan jauh. Ketika berada di sebuah padang pasir, dia turun untuk berteduh dan beristirahat. Akibat cuai, untanya telah hilang bersama kesemua bekalan makanan dan barang-barang yang dibawanya.

Dia berusaha mencari kembali untanya kesana kemari. Namun tidak juga ditemukan. Lalu dia pun berputus asa. Disebabkan terlalu letih, dia duduk berteduh dibawah sebuah pohon sambil termenung. Fikirnya bahwa dia pasti akan mati.

Tiba-tiba, unta yang tadi hilang muncul bedekatan tempat dia berteduh lengkap dengan barang-barang dan bekalan makanan yang dibawanya. Dia pun bersyukur lalu berkata, "Ya Allah, Engkau hambaku dan aku tuhan-Mu!". Kesilapannya adalah kerana terlalu gembira dapat bertemu kembali dengan untanya.

Akan tetapi, kegembiraannya masih tidak dapat dibandingkan dengan kegembiraan Allah SWT apabila hamba-Nya bertaubat dan berusaha mendekati-Nya.

WallahuAlam...

Comments

Popular posts from this blog

Teguran Allah Kepada Nabi Daud A.S

Kisah Imam Syafie Dengan Imam Malik