Posts

Showing posts from 2017

Kisah Abu Bakar As-Siddiq Menang Pertaruhan

Image
Pada suatu ketika dahulu, tentera Romawi telah kalah dengan tentera Persia. Berita kekalahan sampai kepada Rasulullah S.A.W dan para sahabat. Terasa amat berat bagi mereka mendengar berita kekalahan itu kerana Romawi merupakan ahli kitab. Manakala kaum musyrik Mekah merasa gembira mendengar berita kekalahan itu.

Kisah Abu Dharr Meminta Maaf Kepada Bilal

Image
Pada suatu ketika, para sahabat berkumpul di dalam satu majlis. Antara yang ada dalam majlis itu adalah Khalid Bin Alwalid, Abd.Rahman Bin Auf, Abu Dharr Al-Ghifari dan juga Bilal Bin Rabah. Baginda Rasulullah S.A.W tiada bersama mereka pada ketika itu.

Teguran Allah Kepada Nabi Daud A.S

Image
  Pada suatu hari, ketika baginda sedang beribadah, datang dua orang lelaki meminta izin daripada para pengawal untuk menemui raja tetapi tidak dibenarkan kerana hari itu adalah hari khas untuk baginda beribadah. Maka, kedua lelaki tersebut masuk dengan memanjat pagar ke dalam istana kemudian bertemulah mereka dengan Nabi Daud A.S.

Kisah Nabi Musa Melihat Keadilan Allah

Image
Dikisahkan pada suatu ketika, Nabi Musa A.S bermunajat kepada Allah S.W.T. Baginda memohon, "Ya Allah, perlihatkan kepadaku keadilan-MU".

Kisah Nabi Ibrahim A.S Meminta Diperlihatkan Bagaimana Allah Menghidupkan Semula Makhluk Yang Telah Mati

Image
  Nabi Ibrahim A.S telah bertekad untuk memerangi syirik dan penyembahan berhala. Bagi mententeramkan hatinya serta menghilangkan keraguan yang mungkin mengganggu hatinya, Baginda memohon kepada Allah S.W.T agar diperlihatkan bagaimana Allah S.W.T menghidupkan makhluk yang sudah mati.

Kisah Ibnu Hajar - Batu Dan Titisan Air

Image
  Suatu ketika dahulu, saat Ibnu Hajar masih belajar, beliau terkenal sebagai murid yang rajin, namun beliau juga dikenal sebagai murid yang bodoh kerana selalu tertinggal jauh dari teman-temannya. Bahkan sering lupa akan pelajaran-pelajaran yang telah diajarkan oleh gurunya, membuatnya patah semangat dan putus asa. Lalu beliau memutuskan untuk berhenti dan pulang ke kampung halaman.

Kisah Alqamah Yang Derhaka Kepada Ibunya

Image
  Dikisahkan pada zaman Rasulullah S.A.W, ada seorang pemuda yang bernama Alqamah. Dia seorang pemuda yang rajin beribadah dan suka bersedekah. Suatu ketika dia sakit keras, maka istrinya mengirimkan utusan kepada Rasulullah S.A.W untuk memberitahukan kepada baginda akan keadaan Alqamah. Maka, Rasulullah S.A.W mengutuskan Ammar bin Yasir, Shuhaib Ar-Rumi dan Bilal bin Rabah untuk melihat keadaannnya.

Kisah Ahli Ibadah Dan Ahli Maksiat

Image
Ada dua orang lelaki Bani Israel yang berbeza sifatnya. Seorang suka berbuat dosa dan seorang lagi rajin beribadah.

Kisah Pemberi Hutang Yang Jujur

Image
Ada seorang lelaki Bani Israel meminta kepada beberapa Bani Israel yang lain untuk meminjamkan seribu dinar kepadanya. Salah seorang daripada mereka berkata, "Bawakanlah kepadaku beberapa saksi untuk menjadi saksiku."

Kisah Pemuda Diampuni Dosanya Kerana Memberi Minum Anjing Yang Kehausan

Image
  Pada suatu ketika, ada seorang lelaki sedang berada dalam perjalanan. Dia berasa sangat kehausan. Kebetulan dia menemukan sebuah perigi, maka turunlah dia ke dalam perigi itu untuk minum.

Kisah Sahabat Berlapar Demi Tetamunya

Image
  Seorang telah datang menemui Rasulullah S.A.W. dan telah menceritakan kepada Baginda tentang kesempitan dan kelaparan yang dialami olehnya. Lalu Baginda bertanya kepada para sahabat, "Adakah sesiapa di antara kamu yang sanggup melayani orang ini sebagai tetamunya pada malam ini bagi pihak aku?"

Kisah Ibnu Umar Dengan Singa

Image
  Diceritakan pada suatu ketika, ketika Ibnu Umar R.A sedang dalam perjalanan, beliau telah bertemu dengan seekor singa yang telah menghalang perjalanan orang ramai. Kemudian Ibnu Umar R.A pun turun dari untanya, lalu berjalan ke arah singa itu.

Perbandingan Kegembiraan Allah Apabila Hambanya Bertaubat : Kisah Hamba Yang Kehilangan Unta Di Tengah Padang Pasir

Image
Dikisahkan tentang seorang yang sedang melakukan perjalanan jauh. Ketika berada di sebuah padang pasir, dia turun untuk berteduh dan beristirahat. Akibat cuai, untanya telah hilang bersama kesemua bekalan makanan dan barang-barang yang dibawanya.

Pencuri Taubat Setelah Bertemu Dengan Malik Bin Dinar

Image
Pada suatu hari, seorang pencuri telah masuk ke dalam rumah Malik Bin Dinar ketika beliau sedang solat. Pencuri itu pun mencari sesuatu di rumah tersebut untuk dicuri. Malangnya, dia tidak menemukan satu barang pun untuk diambilnya.

Ingin Cepat Masuk Syurga - Abdul Rahman Auf Dengan Kurma Busuk

Image
  Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa Abdul Rahman Bin Auf R.A akan masuk surga paling akhir sekali karena terlalu kaya. Dimana orang yang paling kaya akan dihisab paling lama.

Kisah Saidina Uthman Membeli Perigi Dari Yahudi Yang Tamak

Image
  Pada suatu ketika, bencana kemarau melanda kota Madinah. Kaum muslimin terpaksa menggunakan air perigi Rum, satu-satunya sumber mata air.

Kisah Imam Al-Ghazali Dengan Seekor Lalat

Image
Ketika Imam Al-Ghazali sedang menulis, tiba-tiba terbanglah seekor lalat dan hinggap di mangkuk dakwatnya. Lalat itu nampaknya sedang kehausan. Ia meminum cecair dakwat di mangkuk itu.

Kisah Imam Syafie Ketika Menziarahi Imam Ahmad Bin Hambal

Image
  Pada suatu hari, Imam Syafie datang menziarahi Imam Ahmad bin Hambal. Imam Ahmad mempunyai seorang anak perempuan. Anak perempuan beliau ingin sekali melihat lmam Syafie secara langsung, kerana ayahnya sangat menghormatinya. Oleh itu, ketika Imam Syafie berkunjung ke rumah mereka, dia pun memerhatikan setiap apa yang Imam Syafie lakukan.

Kata Hikmah Syeikh Abdul Qadir Jailani - Tuhan Anda Berada Di...

Image
Pada suatu hari, Syeikh Abdul Qadir Jailani telah didatangi oleh pembesar-pembesar kota Baghdad untuk diajak bersama dalam satu majlis ibadah malam secara beramai-ramai. Dia menolak tetapi pembesar-pembesar tersebut berkeras untuk mengajak beliau hadir. Untuk dapat berkat, kata mereka. Akhirnya, dengan hati yang berat, Syeikh Abdul Qadir Jailani bersetuju untuk hadir.

Kisah Pohon Tamar Menangis

Image
  Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah bahawa pada masa itu masjid Rasulullah S.A.W beratap pelepah pokok tamar. Jika Rasulullah S.A.W berkhutbah, baginda berdiri di atas salah satu batang pokok tamar. Oleh kerana jumlah umat Islam bertambah ramai, maka dicadangkan dibina mimbar agar jemaah majlis yang berada di belakang dapat melihat Rasulullah S.A.W ketika berkhutbah

Strategi Perniagaan Abdul Rahman Bin Auf

Image
  Abdul Rahman bin Auf adalah sahabat Rasulullah S.A.W. yang merupakan seorang jutawan yang dermawan. Sewaktu berhijrah ke Madinah beliau telah meninggalkan semua harta benda dan keluarga di Mekah. Setibanya di Madinah, Rasulullah S.A.W. telah mempersaudarakan beliau dengan Sa’ad Al-Ansari.

Kisah Si Penggali Kubur Dengan Jenazah Wanita

Image
   Pada suatu hari, Saiyidina Umar Al-Khattab menghadap Rasulullah S.A.W. sambil menangis. Maka bertanyalah  Rasulullah S.A.W. kepadanya, "Wahai Umar, apakah yang membuatkan engkau menangis?"

Kisah Rabiatul Adawiyyah Dengan Dua Orang Tetamu

Image
  Pada suatu hari, Rabiatul Adawiyyah didatangi dua orang tetamu. Kemudian beliau menjamu kedua orang tetamunya itu dengan dua potong roti. Sebelum sempat dua orang tetamunya menjamah roti tersebut datanglah seorang peminta sedekah yang sudah beberapa hari tidak menjamah sebarang makanan. Lalu Rabiatul Adawiyah pun memberikan kesemua roti itu kepada peminta sedekah tersebut.

Kisah Imam Syafie Dengan Imam Malik

Image
   Imam Syafie mempunyai ketajaman akal dan kecerdikan yang luar biasa. Beliau telah menghafaz al-Quran seawal umur 9 tahun lagi. Beliau merupakan seorang yang sangat mencintai ilmu. Oleh itu, pada satu hari beliau meminta izin daripada ibunya untuk keluar menuntut ilmu ke Madinah. Ia merupakan kali pertama Imam Syafie keluar daripada tempat kelahirannya, Makkah dan mengembara untuk mencari ilmu.

Kisah Imam Ghazali Dengan Perompak

Image
Sewaktu pulang dari Jarjan menuju kampungnya di Thusia, segerombolan perompak telah menyerang rombongan yang disertai oleh Imam Ghazali. Mereka merampas harta yang ada pada rombongan itu. Antara yang dirampas ialah catatan ilmu yang dipelajari oleh beliau.

Kisah Hasan Al-Basri Dengan Wanita Cantik

Image
  Hasan Al-Basri sewaktu mudanya adalah seorang yang sangat tampan. Beliau sering berjalan-jalan disekitar kota Basrah sambil memakai pakaian yang cantik-cantik.